Walaupun lantai bilik air telah dicuci, cacing merah kecil sering muncul di celahan lantai mozek atau jubin. Walaupun ia tidak mendatangkan kecederaan, kehadiran cacing ini sememangnya menggelikan dan memberikan rasa kotor.
Jangan risau, terdapat beberapa cara mudah untuk menghapuskan cacing ini dari bilik air anda. Jom cuba!
Viral lain : Cara Buat Ibu Sambal Kicap Sedap
6 Cara Berkesan Menghapuskan Cacing di Bilik Air
1. Guna Garam
- Taburkan garam di lantai bilik air, terutama di lubang-lubang atau celahan mozek.
- Bancuh garam dengan air panas dan curahkan ke seluruh bilik air.
- Simpan sedikit bancuhan air garam dalam botol spray dan semburkan pada dinding bilik air. Lakukan ini setiap malam atau seminggu sekali.
2. Guna Cecair Peluntur
- Cecair peluntur berkesan untuk menghapuskan cacing, tetapi penggunaannya perlu berhati-hati kerana kandungan kimianya kuat.
- Siram lantai dengan air biasa dahulu, kemudian spray bancuhan peluntur pada lantai dan dinding bilik air.
3. Guna Cuka
- Cuka juga boleh digunakan sebagai alternatif kepada garam atau peluntur.
- Sembur atau curahkan cuka ke lantai dan dinding bilik air untuk menghapuskan
4. Guna Grout Cleaner
- Gunakan pencuci lantai jenis grout cleaner yang lebih efektif untuk membersihkan celahan mozek dan kotoran.
- Selain membersihkan kotoran, produk ini juga mampu menghapuskan cacing yang berada di celahan lantai.
5. Tutup Lubang & Celahan Mozek
- Cacing biasanya keluar dari celahan mozek. Gunakan grout untuk menutup ruang ini dengan simen putih.
- Simen putih boleh dibeli di kedai hardware atau secara online dalam bentuk bancuhan atau botol siap guna.
6. Cat Epoxy
- Satu lagi cara efektif ialah dengan mengecat lantai bilik air menggunakan cat epoxy.
- Cat ini bukan sahaja menghalang kehadiran cacing, tetapi juga menutup lubang dan kebocoran lantai sambil mencantikkan lantai bilik air.
Selamat Mencuba!
Dengan menggunakan salah satu atau kombinasi daripada cara di atas, anda boleh menghapuskan masalah cacing dalam bilik air dengan mudah. Pilih kaedah yang paling sesuai untuk anda dan ucapkan selamat tinggal kepada cacing yang menjengkelkan!
Sumber: Free Malaysia Today