Tanggungjawab memastikan kediaman sentiasa bersih dan bebas habuk bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kesabaran dan komitmen yang berterusan. Jika tidak dilakukan dengan kerap, habuk akan mudah terkumpul, menjadikan persekitaran rumah tidak sihat dan berbahaya, terutama kepada penghidap asthma.
Salah satu kawasan yang mudah habuk berkumpul adalah pada kipas, sama ada kipas siling atau kipas berdiri. Bilah dan jaring penutup kipas sering dipenuhi habuk jika tidak dibersihkan. Semakin lama dibiarkan, semakin banyak habuk terkumpul.
Dalam artikel ini, Puan Alosnida Musa berkongsi di Facebook cara mudah dan murah untuk menghilangkan habuk pada kipas dengan menggunakan hanya tiga bahan asas. Jom cuba!
Nak tahu siapa yang patut pegang geran tanah? Cuba hadamkan di sini.
Resipi Campuran Pembersih Kipas
Bahan-Bahan:
- 1 bahagian pelembut pakaian
- 1 bahagian cuka
- 1 bahagian air
- Botol spray bersih
- Kain lembap
Cara Penyediaan:
- Bersihkan semua habuk yang terkumpul pada bilah dan jaring kipas menggunakan kain kering atau berus kecil.
- Campurkan pelembut pakaian, cuka, dan air ke dalam bekas kosong. Gunakan nisbah 1:1:1 untuk setiap bahan.
- Kacau campuran tadi sehingga sebati. Masukkan campuran tersebut ke dalam botol spray bersih untuk memudahkan penggunaan.
Cara Penggunaan:
- Semburkan campuran tersebut secara rata pada permukaan bilah dan jaring kipas.
- Biarkan cecair tersebut meresap pada kipas selama 5 minit.
- Gunakan kain lembap untuk mengelap bilah dan jaring kipas sehingga bersih.
- Keringkan kipas menggunakan kain kering sebelum digunakan semula.
- Untuk hasil terbaik, ulangi langkah ini setiap 2 hingga 3 bulan sekali.
Keistimewaan Resipi Ini:
- Mudah disediakan dengan bahan-bahan murah yang ada di rumah.
- Campuran pelembut pakaian dan cuka membantu mencegah habuk daripada melekat pada permukaan kipas.
- Menjadikan kipas tahan lama dan mudah dibersihkan pada masa akan datang.
Dengan cara ini, kipas anda bukan sahaja bersih, tetapi juga bebas habuk untuk jangka masa yang lebih lama. Selamat mencuba!
Kredit tips: Puan Alosnida Musa