ABOUT US

Pengenalan

CMASA.my adalah satu inisiatif pasaran atas talian (online) yang diperkenalkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi menyediakan kemudahan pasaran atas talian kepada pihak-pihak yang berminat terutamanya ahli Kelab Maya Sahabat Ar-Rahnu YaPEIM (CMASA). CMASA diperkenalkan sebagai usaha mewujudkan komuniti Ar-Rahnu yang benar-benar memanfaatkan Ar-Rahnu YaPEIM sebagai saluran mendapat modal bagi menjayakan perniagaan secara kecil-kecilan dan seterusnya berusaha memajukan diri dan keluarga.



Objektif

Memberi dan membuka peluang perniagaan secara atas talian (online) kepada pelbagai pihak yang berminat dan usahawan-usahawan CMASA) dengan menyediakan asas jaringan dan rantaian bekalan dalam memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.

Menyediakan platform kepada masyarakat untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan yang diyakini serta berkualiti.