Jadual Gaji 2025 – Tarikh Pembayaran

Jadual Gaji 2025 – Tarikh Pembayaran

Bilakah tarikh pembayaran gaji atau Jadual Gaji 2025 bulanan penjawat awam/kakitangan kerajaan? Setiap individu yang bekerja pasti menantikan upah hasil daripada usaha mereka. Bagi penjawat awam, pembayaran gaji adalah salah satu perkara penting yang sering dinanti-nantikan setiap bulan. Biasanya, gaji penjawat awam dibayar berdasarkan tangga gaji, pangkat, kelayakan, dan kemahiran masing-masing. Gaji ini dibayar secara harian, jam, atau paling sinonim, secara bulanan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, tarikh pembayaran gaji penjawat awam bagi tahun 2025 telah ditetapkan untuk memudahkan perancangan kewangan mereka.Pembayaran gaji penjawat awam lazimnya dilakukan pada hujung bulan. Pada hari tersebut, mesin ATM dan bank akan dipenuhi pekerja yang membuat pelbagai urusan kewangan hasil penggajian mereka. Selain gaji, penjawat awam juga menantikan bonus tahunan atau insentif tambahan yang biasanya diberikan oleh kerajaan. Bonus ini menjadi salah satu bentuk penghargaan kepada penjawat awam atas khidmat mereka kepada negara. Untuk tahun 2025, jadual pembayaran gaji telah dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) sebagai rujukan utama penjawat awam.Baca Juga : Cara Semak Wang Tak Dituntut

Jadual Gaji 2025 Kakitangan Awam

Berikut dikongsikan jadual dan tarikh pembayaran gaji bulanan kakitangan awam bagi tahun 2025. Jadual ini penting untuk membantu penjawat awam merancang perbelanjaan bulanan mereka dengan lebih baik, terutama untuk percutian, persediaan perayaan, atau pulang ke kampung halaman. Tarikh ini juga berguna untuk merancang kewangan keluarga, seperti pembayaran bil, ansuran kenderaan, atau keperluan harian lain.

Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan 2025

Tarikh pembayaran gaji bulanan untuk tahun 2025 adalah seperti berikut:

  • Januari 2025: 22 Januari (Rabu)
    (TAHUN BARU CINA: 29 & 30 Januari – Rabu & Khamis)
  • Februari 2025: 25 Februari (Selasa)
  • Mac 2025: 24 Mac (Isnin)
    (HARI RAYA AIDILFITRI: 30 Mac & 1 April – Rabu & Khamis)
  • April 2025: 24 April (Khamis)
  • Mei 2025: 22 Mei (Khamis)
    (HARI PESTA KAAMATAN: 30 & 31 Mei – Jumaat & Sabtu)
  • Jun 2025: 25 Jun (Rabu)
    (HARI GAWAI: 1 & 2 Jun – Ahad & Isnin; HARI RAYA AIDILADHA: 7 & 8 Jun – Sabtu & Ahad)
  • Julai 2025: 24 Julai (Khamis)
  • Ogos 2025: 25 Ogos (Isnin)
  • September 2025: 25 September (Khamis)
  • Oktober 2025: 16 Oktober (Khamis)
    (HARI DEEPAVALI: 20 Oktober – Isnin)
  • November 2025: 20 November (Khamis)
  • Disember 2025: 18 Disember (Khamis)
    (HARI KRISMAS: 25 Disember – Khamis)

tarikh gaji 2025

Peringatan Penting

Jadual pembayaran gaji bulanan ini dikeluarkan berdasarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 5 Tahun 2024. Namun begitu, tarikh ini masih tertakluk kepada sebarang perubahan atau pindaan oleh pihak berkuasa jika perlu. Oleh itu, penjawat awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk kepada pengumuman rasmi daripada JANM untuk mendapatkan maklumat terkini.

Selain itu, adalah penting untuk penjawat awam merancang perbelanjaan mereka terutama ketika perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, dan Hari Krismas. Pada masa ini, pembayaran gaji biasanya diawalkan untuk membantu persediaan perayaan, namun ia bermakna tempoh menunggu gaji berikutnya akan lebih panjang. Perancangan kewangan yang bijak amat diperlukan untuk mengelakkan kesulitan kewangan.

Maklumat Lanjut

Bagi penjawat awam yang memerlukan maklumat lanjut, mereka boleh menghubungi Jabatan Akauntan Negara Malaysia di alamat dan nombor telefon berikut:

  • Pengarah: Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP), Jabatan Akauntan Negara Malaysia
  • Alamat: Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan, No. 1, Persiaran Perdana, 62594, Presint 2, Putrajaya
  • Unit Pengurusan Prestasi:
    unit_prestasi@anm.gov.my
  • No. Telefon: 03–8882 1624/1612/1622/1611

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *